Thursday, June 11, 2009

LATA LEMBIK

Terdapat banyak katak jenis ini di sini. Sepanjang malam kita akan dihiburkan dengan simfoni okestra hutan yang diterajui bunyi air jeram dan nyayian katak...Suka kat katak boleh, tapi jangan suka lompat macam katak...Paham-paham jer lah OK.Ehemmm...

Ni kalau orang lelaki tak kenal,memang ajaib. Sebab ramai lelaki suka pokok ajaib ni terutama pada kuasa ajaib akarnya pada power kelelakian.Inilah Tonkgat Ali...Datanglah cabut kalau berminat...Silap-silap boleh masuk ''dalam'' sebab kawasan ni dipantau Jabatan Hutan.


Pada 6 Jun yang lalu,sempena cuti sekolah saya telah bawa keluarga bercuti ke satu jeram di daerah Raub.Perjalanan sejauh 230km dari Seremban memakan masa lebih 4 jam.Kami tiba di sana lebih kurang 2.00 petang,selepas ''tersesat''sampai ke Sg.Koyan.Maklumlah dulu masa menetap di Raub saya tak berkesempatan ke Sg.Koyan,jadi ''terlajak'' ke sana tu macam satu kunjungan jugalah.
Kawasan perkelahan itu terletak di hujung Kg.Hulu Sungai,simpang kiri selepas saja Balai Polis Batu Malim di sebelah kanan kalau dari bandar Raub menghala ke Sg.Koyan.Perjalanan mengambil masa 20 minit berkereta & kita akan jumpa Tecnology Park cawangan Pahang di pertengahan jalan.Selepas melalui beberapa penempatan termasuk penempatan orang Asli kaum Semai terdapat satu simpang ke kiri bersebelahan dengan satu kelinik kesihatan kerajaan.Sebaik saja kita melalui jalan yang agak sempit itu kita akan dapat lihat sungai yang mengalir di sisi jalan.Di hujung jalan tersebut terdapat satu kawasan perkelahan yang dilengkapi beberapa kemudahan asas termasuk tempat bermalam yang ala kadar tapi murah.









Abang dengan kakak ikut abu naik rakit pulak....ish...ish...ish orang tua ni pun 2x5 dengan budak-budak,pantang jumpa air dia la yang jadi ''kepala haliang''nyer!!!

Haa...semua dah basah kuyup...ehh..mana abang?Takan hanyut air kot?

Oooo..dia pergi try slider jugak...mana boleh tahan tengok adik buat slider macam Ben10,abang pun boleh buat laa dik...hah tengok...sebiji macam Power Rangers....

Ni siapa pulak ni?Oooo..ni cikgu besar laa.Cikgu Besar Tadika Sri Fajar.Cikgu Rudy.Atau panggilan lain ''Bentara Guru".Kalau tak percaya cuba lihat foto seterusnya.

Mula-mula dia pujuk adik supaya naik,stop main dalam air,katanya hari dah senja.Padahal belum gelap lagi.Yang nampak gelap tu bayang pokok laa Cikgu Rudy...relexlaa adik belum puas mandi lagi laa...


Bila budak-budak tu degil tak nak naik mulalah dia guna kuasa'' VETO''nya.Habis semua di ''hambat''nya.Habis semua ''berceridai'' lari...Bapa mereka dah tentu awal-awal lagi dah ''cha alip bot''.

Tuu dia...dah ada yang kena tangkap dah....ADIKKK!!! Mana mau lari hah???NAIKKKK!!!!!

Tapi sebenarnya yang dikejarnya budak-budak tu bukan aper....nak suruh bersiap untuk dinner lah.Tengok tu sikit punya baik punyer dish ni burbeque lagii.....misti best nih,selambe jer lepak atas rumput.''Tuku'' pun guna batu bata jer.Janji dapat panggang & sedap dimakan cukup.

Itulah serba sedikit cacatan yang dapat dibuat mengenai Trip Ke Lata Lembik (TKLL).Kepada sesiapa yang berminat untuk ke sana boleh semak di homepage latalembikraub.com/ Selamat bercuti.

Friday, June 5, 2009

RESEPI AKOK TERENGGANU.



Kalini saye postkan resepi akok Terengganu yang saye terima dari Umme saye tempoh hari.1st tryed tuu haru....hampeh...tak jadi.Pas tu waktu balik Terengganu bulan lepas saye sendiri pergi jumpe mak cik akok kat Kg Nyor Paka dan tanyer die sendiri macammane nak hasilkan akok yang sedap.Selepas successed dalam percubaan minggu lepas hari saye postkan.

Bahan-bahan (dalam sukatan gelas @ cawan)
  • 1 cawan santan cair.(perah sendiri baru grend)
  • 1/2 cawan tepung beras.(bukan tepung pulut tau!!)
  • Dekat2 nak penuh cawan gula.(lagi kurang lagi bagus)
  • 1 cawan telur ayam.(tak kisah ape greadnyer)
  • Sedikit garam.(kalau 1 cawan gak alamat masin laa akok tu nanti)
  • Sebotol minyak.(jgn risau pakainyer sikitjer...lebih leh buat goreng ikan)
Utk.bancuhan resepi akok ni...perlu ader teknik jugak...takleh main hentam jer....ader beberape petua.Utk yang itu nanti saye postkan selepas ni.Resepi ni bolehlah try dulu...main agak2..try & error kater orang sekarang.Selamat mencuba.....