Wednesday, July 1, 2009

CANDAT SOTONG (MARANG)



Pada 27 Jun 09 yang lalu saya dan beberapa kawan sekerja telah berpeluang mengikuti ekspidisi mencandat sotong di Marang Terengganu. Ia di orgenizekan oleh kami sendiri dan cuma berharga RM150.00 seorang. Walaupun sambutan pada peringkat awal agak kurang,mungkin faktor harga, tapi kami berjaya mendapatkan 7 orang ahli ekspidisi.
Dengan menggunakan 2 buah kenderaan kami memulakan perjalanan seawal jam 7:00am. Berbekalkan beberapa batang pancing dan tong Coleman, kami singgah mengambil ahli di Serting sambil sarapan di rumah salah seorang ahli. Terimakasih diucapkan atas nasi lemak dan juadah lain yang begitu enak. Sekurang2nya dapat jimatkan kos perbelanjaan makan kami. Pada Anoi & famili, sekali lagi Arigatoo Gozaimashita. Perjalan kami diteruskan dan hentian seterusnya ialah Dungun.
Dungun atau dalam lograt Terengganu ''DUNGUNG"adalah daerah di persisiran pantai negeri Terengganu. Bandarnya sederhana dengan kawasan pantai berteluk yang menarik.Kami singgah disini, di rumah salah seorang ahli ekspidisi jam 1:00pm....biasalah kami telah disambut dengan makan tengahari lauk ikan kerapu dan ''dikkih''(dlm bahasa Terengganu).''Sedak sungguh''....hingga kami terlupa kalau nanti atas bot sakit perut merupakan satu masalah.Untuk makcik sekeluarga kami ucapkan berbanyak terimakasih. Jimat lagi kos makan kami.
Perjalanan diteruskan ke LKIM Cendering, dimana di sinilah kami menaiki bot menuju ke kawasan belakang perairan Pulau Kapas. Perjalanan memakan masa 1 setengah hingga 2 jam sahaja. Dengan bekalan sedikit makanan, kami juga dipinjamkan jeket keselamatan. Mana tahu kot-kot ada yang jatuh dalam laut pula, maklumlah ramai juga antara kami yang tak berapa boleh berenang. Permandangan disepanjang perjalanan amat menarik, dengan lambaian Pulau Kapas, alunan ombak Laut Cina Selatan ditambah lagi dengan kesuraman cahaya matahari terbenam di ufuk barat. Sangat indah ciptaan Tuhan. Cuma sedikit terkilan kerana ada antara ahli ekspidisi sudah menunjukan tanda-tanda akan ''Rebah Di Lautan'' akibat dibuai pukulan ombak.Ada yang dah mula mabuk laut. Apa nak buat..... nasib badannn......
Walaubagaimanapun program tetap diteruskan dengan meriah dimana hasil pertama kami perolehi seawal jam 7:00pm.Cuma foto sotong pertama kami sepanjang 1 setengah kaki tak sempat dirakamkan sebab jurufoto pun dah mula mabuk masa tu. cuma belum rebah lagi jer!! Aktiviti mencandat berterusan higga jam 3:00am, barulah bot beralih ke lokasi lain. disini kami mula bertukar pada pancing pula, dan hasilnya memang lumayan bila beberapa ikan bersais L dan XL berjaya kami naikkan. Berat sekitar 3 hingga 10 kg. Memang berbaloi baloi.
Kami mula belayar balik ke pengkalan jam 8:00am selepas kail kami sudah jarang diusik. Selepas urusan bembayaran dan pengasingan ikan kami bertolak balik ke Seremban jam 3:oopm.
Kepada semua yang terlibat, shabas atas ekspidisi ini. Kepada Pak Harun dan anakya, Wan terimakasih atas layanan baik sepanjang candat, juga kepada breakfart & lunch provider sekali lagi ''SHUKRAN'' dan kepada ''MEREKA yang REBAH" jangan putus asa, cuba lagi....carilah ubat penahan muntah. Agaknya camtu lah orangumah kita kena waktu morning sickness kot.

Moral Of The Story:
Jgn marankan orangrumah bila dia mengadu tak tahan dengan morning sickness.

Thursday, June 11, 2009

LATA LEMBIK

Terdapat banyak katak jenis ini di sini. Sepanjang malam kita akan dihiburkan dengan simfoni okestra hutan yang diterajui bunyi air jeram dan nyayian katak...Suka kat katak boleh, tapi jangan suka lompat macam katak...Paham-paham jer lah OK.Ehemmm...

Ni kalau orang lelaki tak kenal,memang ajaib. Sebab ramai lelaki suka pokok ajaib ni terutama pada kuasa ajaib akarnya pada power kelelakian.Inilah Tonkgat Ali...Datanglah cabut kalau berminat...Silap-silap boleh masuk ''dalam'' sebab kawasan ni dipantau Jabatan Hutan.


Pada 6 Jun yang lalu,sempena cuti sekolah saya telah bawa keluarga bercuti ke satu jeram di daerah Raub.Perjalanan sejauh 230km dari Seremban memakan masa lebih 4 jam.Kami tiba di sana lebih kurang 2.00 petang,selepas ''tersesat''sampai ke Sg.Koyan.Maklumlah dulu masa menetap di Raub saya tak berkesempatan ke Sg.Koyan,jadi ''terlajak'' ke sana tu macam satu kunjungan jugalah.
Kawasan perkelahan itu terletak di hujung Kg.Hulu Sungai,simpang kiri selepas saja Balai Polis Batu Malim di sebelah kanan kalau dari bandar Raub menghala ke Sg.Koyan.Perjalanan mengambil masa 20 minit berkereta & kita akan jumpa Tecnology Park cawangan Pahang di pertengahan jalan.Selepas melalui beberapa penempatan termasuk penempatan orang Asli kaum Semai terdapat satu simpang ke kiri bersebelahan dengan satu kelinik kesihatan kerajaan.Sebaik saja kita melalui jalan yang agak sempit itu kita akan dapat lihat sungai yang mengalir di sisi jalan.Di hujung jalan tersebut terdapat satu kawasan perkelahan yang dilengkapi beberapa kemudahan asas termasuk tempat bermalam yang ala kadar tapi murah.









Abang dengan kakak ikut abu naik rakit pulak....ish...ish...ish orang tua ni pun 2x5 dengan budak-budak,pantang jumpa air dia la yang jadi ''kepala haliang''nyer!!!

Haa...semua dah basah kuyup...ehh..mana abang?Takan hanyut air kot?

Oooo..dia pergi try slider jugak...mana boleh tahan tengok adik buat slider macam Ben10,abang pun boleh buat laa dik...hah tengok...sebiji macam Power Rangers....

Ni siapa pulak ni?Oooo..ni cikgu besar laa.Cikgu Besar Tadika Sri Fajar.Cikgu Rudy.Atau panggilan lain ''Bentara Guru".Kalau tak percaya cuba lihat foto seterusnya.

Mula-mula dia pujuk adik supaya naik,stop main dalam air,katanya hari dah senja.Padahal belum gelap lagi.Yang nampak gelap tu bayang pokok laa Cikgu Rudy...relexlaa adik belum puas mandi lagi laa...


Bila budak-budak tu degil tak nak naik mulalah dia guna kuasa'' VETO''nya.Habis semua di ''hambat''nya.Habis semua ''berceridai'' lari...Bapa mereka dah tentu awal-awal lagi dah ''cha alip bot''.

Tuu dia...dah ada yang kena tangkap dah....ADIKKK!!! Mana mau lari hah???NAIKKKK!!!!!

Tapi sebenarnya yang dikejarnya budak-budak tu bukan aper....nak suruh bersiap untuk dinner lah.Tengok tu sikit punya baik punyer dish ni burbeque lagii.....misti best nih,selambe jer lepak atas rumput.''Tuku'' pun guna batu bata jer.Janji dapat panggang & sedap dimakan cukup.

Itulah serba sedikit cacatan yang dapat dibuat mengenai Trip Ke Lata Lembik (TKLL).Kepada sesiapa yang berminat untuk ke sana boleh semak di homepage latalembikraub.com/ Selamat bercuti.

Friday, June 5, 2009

RESEPI AKOK TERENGGANU.



Kalini saye postkan resepi akok Terengganu yang saye terima dari Umme saye tempoh hari.1st tryed tuu haru....hampeh...tak jadi.Pas tu waktu balik Terengganu bulan lepas saye sendiri pergi jumpe mak cik akok kat Kg Nyor Paka dan tanyer die sendiri macammane nak hasilkan akok yang sedap.Selepas successed dalam percubaan minggu lepas hari saye postkan.

Bahan-bahan (dalam sukatan gelas @ cawan)
  • 1 cawan santan cair.(perah sendiri baru grend)
  • 1/2 cawan tepung beras.(bukan tepung pulut tau!!)
  • Dekat2 nak penuh cawan gula.(lagi kurang lagi bagus)
  • 1 cawan telur ayam.(tak kisah ape greadnyer)
  • Sedikit garam.(kalau 1 cawan gak alamat masin laa akok tu nanti)
  • Sebotol minyak.(jgn risau pakainyer sikitjer...lebih leh buat goreng ikan)
Utk.bancuhan resepi akok ni...perlu ader teknik jugak...takleh main hentam jer....ader beberape petua.Utk yang itu nanti saye postkan selepas ni.Resepi ni bolehlah try dulu...main agak2..try & error kater orang sekarang.Selamat mencuba.....

Wednesday, May 27, 2009

CARA BAKAR AKOK

Baru2 ni saye berpeluang belajar cara bakar kuih tradisional Terengganu ''AKOK"semasa balik ke Dungun.Video ni saye rakam di sebuah gerai membuat akok di Kg Nyor dekat Paka Dungun.Terima kasih makcik akok sebab benarkan saye rakam video ni.Kepade yang berminat bolehlah cube...resepinyer akan saye postkan kemudian...selepas saye try dahulu.Selamat menonton.

Friday, January 30, 2009

YUMMY....

Ni... name die AKOK.Biasenye org pantai timor kenal kuih ni.Adik beradik dengan Kuih Bakar,Beke....mungkin gak Baulu(buah ulu)kate org Terengganu.Nekbak aku tak berape pasti.Tapi kalau hok paling dekak ''AKOK BELAUK''.Cume aku suke lagi hok ning lagi.Rasenya manis dan kaye gan telur.Lebih kurang same gan Tart Telur tuu lah.Cume die tak dok hok luar die jer.Kalau dulu susoh gok nok jupper kuih ning.Maha pulok tu.Skali skale kalu ratik arwoh org iddang.Kalu nok makan kene buak sendiri.Rohok jugok nok buak,dari kepuk telur sapa bakkor.3,4 jam gok tu.Tapi leening dah di comercialkan.Bakor pakai oven,passo pun banyok jual.
Kalu nok rasse akok sedak cube try beli kat Pasar Kedai Payang.Ader banyak tempat jual kuih ni.Try la....tak try rugi tau...Yummy.....

MY FAVOURITE "AKOK"

Wednesday, January 21, 2009

TEMPAT JATUH LAGI DIKENANG.




Gambar ni aku ambil masa bilik kampung itu hari.Pantai dia OK gak tapi bahaya untuk mandi.Lokasi di Seberang Pintasan Dungun.Kalau ader peluang pergi berkelah tentu seronok.Dulu masa sekolah rendah aku pernah datang sini,mase tu naik basikal gan kawan kawan.Mase tu emak aku x der kat umah,mungkin ke Singapore atau KL.Kami kena naik perahu nak lintas Sg.Dungun.Kecik je perahu tu,cume guna pancang kayu tolak ke dalan air untuk gerakan perahu.bila dah sampai tengan sungai gina pula layar kain untuk sampai ke seberang.Kami panggil perahu tu penambang.Dah la kecil bawa naik basikal lak tu.....seronok....tapi bila di ingatkan balik....dengan tak de live jacketnya kakau jadi ape ape tentu kami dah lame arwah.Nak berenang pun Kuala Dungun bukanya kecik anak.