Kawasan perkelahan itu terletak di hujung Kg.Hulu Sungai,simpang kiri selepas saja Balai Polis Batu Malim di sebelah kanan kalau dari bandar Raub menghala ke Sg.Koyan.Perjalanan mengambil masa 20 minit berkereta & kita akan jumpa Tecnology Park cawangan Pahang di pertengahan jalan.Selepas melalui beberapa penempatan termasuk penempatan orang Asli kaum Semai terdapat satu simpang ke kiri bersebelahan dengan satu kelinik kesihatan kerajaan.Sebaik saja kita melalui jalan yang agak sempit itu kita akan dapat lihat sungai yang mengalir di sisi jalan.Di hujung jalan tersebut terdapat satu kawasan perkelahan yang dilengkapi beberapa kemudahan asas termasuk tempat bermalam yang ala kadar tapi murah.
Bila budak-budak tu degil tak nak naik mulalah dia guna kuasa'' VETO''nya.Habis semua di ''hambat''nya.Habis semua ''berceridai'' lari...Bapa mereka dah tentu awal-awal lagi dah ''cha alip bot''.
Itulah serba sedikit cacatan yang dapat dibuat mengenai Trip Ke Lata Lembik (TKLL).Kepada sesiapa yang berminat untuk ke sana boleh semak di homepage latalembikraub.com/ Selamat bercuti.