Wednesday, July 1, 2009

CANDAT SOTONG (MARANG)



Pada 27 Jun 09 yang lalu saya dan beberapa kawan sekerja telah berpeluang mengikuti ekspidisi mencandat sotong di Marang Terengganu. Ia di orgenizekan oleh kami sendiri dan cuma berharga RM150.00 seorang. Walaupun sambutan pada peringkat awal agak kurang,mungkin faktor harga, tapi kami berjaya mendapatkan 7 orang ahli ekspidisi.
Dengan menggunakan 2 buah kenderaan kami memulakan perjalanan seawal jam 7:00am. Berbekalkan beberapa batang pancing dan tong Coleman, kami singgah mengambil ahli di Serting sambil sarapan di rumah salah seorang ahli. Terimakasih diucapkan atas nasi lemak dan juadah lain yang begitu enak. Sekurang2nya dapat jimatkan kos perbelanjaan makan kami. Pada Anoi & famili, sekali lagi Arigatoo Gozaimashita. Perjalan kami diteruskan dan hentian seterusnya ialah Dungun.
Dungun atau dalam lograt Terengganu ''DUNGUNG"adalah daerah di persisiran pantai negeri Terengganu. Bandarnya sederhana dengan kawasan pantai berteluk yang menarik.Kami singgah disini, di rumah salah seorang ahli ekspidisi jam 1:00pm....biasalah kami telah disambut dengan makan tengahari lauk ikan kerapu dan ''dikkih''(dlm bahasa Terengganu).''Sedak sungguh''....hingga kami terlupa kalau nanti atas bot sakit perut merupakan satu masalah.Untuk makcik sekeluarga kami ucapkan berbanyak terimakasih. Jimat lagi kos makan kami.
Perjalanan diteruskan ke LKIM Cendering, dimana di sinilah kami menaiki bot menuju ke kawasan belakang perairan Pulau Kapas. Perjalanan memakan masa 1 setengah hingga 2 jam sahaja. Dengan bekalan sedikit makanan, kami juga dipinjamkan jeket keselamatan. Mana tahu kot-kot ada yang jatuh dalam laut pula, maklumlah ramai juga antara kami yang tak berapa boleh berenang. Permandangan disepanjang perjalanan amat menarik, dengan lambaian Pulau Kapas, alunan ombak Laut Cina Selatan ditambah lagi dengan kesuraman cahaya matahari terbenam di ufuk barat. Sangat indah ciptaan Tuhan. Cuma sedikit terkilan kerana ada antara ahli ekspidisi sudah menunjukan tanda-tanda akan ''Rebah Di Lautan'' akibat dibuai pukulan ombak.Ada yang dah mula mabuk laut. Apa nak buat..... nasib badannn......
Walaubagaimanapun program tetap diteruskan dengan meriah dimana hasil pertama kami perolehi seawal jam 7:00pm.Cuma foto sotong pertama kami sepanjang 1 setengah kaki tak sempat dirakamkan sebab jurufoto pun dah mula mabuk masa tu. cuma belum rebah lagi jer!! Aktiviti mencandat berterusan higga jam 3:00am, barulah bot beralih ke lokasi lain. disini kami mula bertukar pada pancing pula, dan hasilnya memang lumayan bila beberapa ikan bersais L dan XL berjaya kami naikkan. Berat sekitar 3 hingga 10 kg. Memang berbaloi baloi.
Kami mula belayar balik ke pengkalan jam 8:00am selepas kail kami sudah jarang diusik. Selepas urusan bembayaran dan pengasingan ikan kami bertolak balik ke Seremban jam 3:oopm.
Kepada semua yang terlibat, shabas atas ekspidisi ini. Kepada Pak Harun dan anakya, Wan terimakasih atas layanan baik sepanjang candat, juga kepada breakfart & lunch provider sekali lagi ''SHUKRAN'' dan kepada ''MEREKA yang REBAH" jangan putus asa, cuba lagi....carilah ubat penahan muntah. Agaknya camtu lah orangumah kita kena waktu morning sickness kot.

Moral Of The Story:
Jgn marankan orangrumah bila dia mengadu tak tahan dengan morning sickness.